Wednesday, December 14, 2011

tatkala INI

Semua sudah ketentuan Ilahi,
Sebuah tamadun bangkit kembali,
Mengibar gagah sebuah panji,
Berjuang tekad menagih janji,

Telah dilafaz oleh Baginda,
Dalam hadis berabad lamanya,
Bagai kepingan besi waja,
Datangnya langsung tidak diduga,

Setiap detik seratus tahun,
Pasti datang seorang pembangun,
Meletak Islam di tempat teragung,
Silaturrahim hati terdorong,

Panji Hitam Dari Timurr,
Berkibar setelah Islam hancur,
Setelah iman mula gugur,
Taqwa tersemai hancur lebur,

Panji Hitam Dari Timur,
Dirintis oleh seorang pemuda,
Yang tetap sedia dan taat setia,
Pada Raden, Sultan dan bangsa,
Pada tanah air tercinta,

Panji Hitam Dari Timur,
Akan berkibar ke serata dunia,
Menghapus sistem ciptaan manusia,
Diganti dengan sistem Yang Esa,
Rahmat melimpah tidak terduga,

Panji Hitam Dari Timur,
Akan diserah kepada Al-Mahdi,
Penguasa timur dan barat sejati,
Pemimpin yang telah lama dinanti,
Nabi Isa kan muncul kembali,
Janji Tuhan pasti terjadi...

Thursday, December 8, 2011

Persimpangan...

ABU BAKAR r.a. berkata, “Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia disebelah belakangmu dan semua angota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu.

“Sementara iblis laknatullah mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syhwat, dunia mengajakmu supaya memilihya daripada akhirat dan angota tubuh mengajakmu untuk melakukan dosa.

“Dan Tuhan mengajakmu masuk ke syurga serta mendapatkan keampunanNya, sebagaimana firmanNya yang bermaksud: Dan Allah mengajak ke syurga serta menuju keampunanNya.”


Demikian enam persimpangan atau kehendak yang tepaksa dihadapi oleh setiap manusia dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Setiap orang berhadapan dengannya. Tidak ada siapa yang tekecuali dari ajakan iblis. Tidak ada insan yang tidak ada jiwa dan nafsu. Seterusnya tidak ada insan yang tidak berada di dunia semasa hayatnya masih di kandung badan. Sementara tubuh badan pula adalah hakikat kewujudan insan itu sendiri.

Justeru, siapa yang memenuhi ajakan atau bisikan iblis, maka hilanglah agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwanya, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenui ajakan anggota tubuhnya, maka hilanglah syurga dari dirinya.

Sementara siapa yang memenuhi ajakan AllahSWT, maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memeperoleh semua kebaikan.

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia yang waras dan mendapat petunjuk hendaklah sentiasa berwaspada, sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.


Wednesday, December 7, 2011

Impian Si Pengkhianat

SELAMA lebih 500 tahun kerajaan Bani Abbasiyah menempa kejayaan di bawah Khalifah-khalifah keturunan Abbas. Kemudian datanglah satu masa di mana Khalifah-khalifah tidak cekap dan suka berfoya-foya. Akibatnya berlaku perbalahan perkauman dan ideologi. Puak yang menentang dan berhasrat merampas kuasa adalah Puak Syiah. Kepada mereka, yang berhak menjadi Khalifah hanya keturunan Ali bin Abi Thalib sahaja.

Justeru, berlakukan krisis puak antara puak Syiah dan puak Sunnah. Anak-anak Khalifah sendiri membenci kaum Syiah dan bertindak kejam sesuka hati. Dengan bantuan penglima tentera mereka memburu puak Syiah. Kubu-kubu kaum Syiah yang terletak di kawasan terpencil diserang habis-habisan. Kaum Syiah sangat marah dan berdendam dengan kepinpinan kerajaan yang ada.

Kelemahan kerajaan Khalifah diambil kesempatan sebaik mungkin oleh kaum Syiah. Dengan kepintaran pemimpin kanan Syiah bernama Muaiyiduddin al-Alqami, dia berjaya mendapatkan jawatan menteri dalam kerajaan Khalifah. Maka jadilah Muaiyiduddin seorang menteri ‘musuh dalam selimut’. Dia sentiasa memerhatikan tindakan kerajaan terhadap gerakan Syiah. Hasratnya ialah untuk membelas dendam dan merancang untuk merampas kuasa bagi diserahkan kepada kaumnya.

Apabila tentera penakluk yang ganas, di bawah pimpinan Holako dari Monggolia tiba di sempadan Baghdad pada kurun ke 13, Muaiyiduddin tertarik dengan kekuatan mereka. Lalau beliau menulis surat kepada Holako meminta Holako menyerang Baghdad. Dia berjanji akan berpaling tadah membantu tentera Monggol untuk sama-sama menggulingkan Khalifah. Maksudnya, dia akan merampas kuasa melalui bantuan tentera Monggol.

Sebaik menerima surat Muaiyiduddin, Holako sangat gembira lalu berkata kepada tenteranya, “Kali ini kita akan merebut kota kebanggaan dunia dalam masa yang singkat.”

Maka kota Baghdad pun dikepung oleh tentera Holako dari segenap penjuru sambil memberikan amaraan supaya menyerah sebelum pertumpahan darah besar-besaran berlaku. Khalifah dengan para menterinya mengadakan mesyuarat bagi menghadapi serangan tentera Monggol itu. Dan Muaiyiduddin mencadangkan supaya diberikan hadiah kepada Holako supaya tidak menyerang kota Baghdad. Cadangannya dibangkang oleh ketua turus tentera bernama al-Daudar.

“Tidak boleh diterima cadangan itu. Aku tahu itu adalah cadangan busuk daripada Muaiyiduddin yang telah pun ada pakatan dengan Holako untuk merampas kuasa demi kepentingan diri dan kaumnya - Syiah,” kata al-Daudar. Dan dia mengambil keputusan untuk menentang tentera Holako demi maruah bangsa dan negara.

Maka terjadilah peperangan antara pasukan Holako dengan tentera Islam. Manakala puak Syiah membantu tentera Holako. Akhirnya, tentera Islam kalah teruk. Setelah petempuran berhenti, Muaiyiduddin pun pergi mengadap Holako dengan harapan akan mendapat hadiah paling berharga daripada penglima Monggol itu. Dalam masa sama dia berangan-angan bahawa kini tibalah masanya kaum Syiah akan dapat memerintah Baghdad.

Muaiyiduddin al-Aqami mengadakan rundingan dengan Holako. Selepas rundingan dia merasa lega seolah-olah apa nyang dihasratkannya akan tercapai tidak lama lagi. Dia pun balik ke istana menghadap Khalifah untuk menyampaikan hasil rundingannya, padahal rundingannya hanyalah satu tipu muslihat.

Berkatalah Muaiyiduddin,”Tuanku, Holako bersetuju untuk mengekalkan tuanku sebagai Khalifah negara ini. Dan Holako bersetuju untuk jodohkan puterinya dengan putera tuanku.”

Khalifah sangat genbira mendengarkan kata-kata menterinya itu. Beliau pun mengundang para pembesar negara dan para ulama’ berhimpun di istana untuk menunggu kedatangan Holako yang hendak mempersandingkan anaknya.

Maka sampailah Holako bersama orang-orangnya. Ketibaannya bukan untuk mengijab-kabulkan anaknya, sebaliknya untuk menyembelih sesiapa sahaja yang ada di majlis itu. Akhirnya, matilah Khalifah bersama semua kaum kerabatnya, para menteri, para ulama’ dan pegawai-pegawai tinggi yang lain. Istana Khalifah di kota Baghdad menjadi sungai berdarah.

Muaiyiduddin membayangkan bahawa puak Syiah akan memerintah sebentar lagi. Lalu berjalanlah si pengkhianat itu menghadap Holako untuk mengucapkan terima kasih tetapi sayang, Holako sendiri yang memenggal kepala Muaiyiduddin al-Alqami hingga terpisah dari tubuhnya.

Sesudah itu Holako dengan bala tenteranya bermaharajalela mengganas di kota Baghdad dengan merompak, mengugut dan merogol. Hancurlah kota Baghdad dan lenyaplah kemegahan daulat Abbasiyah.

Moral kepada kisah ini mengingatkan supaya jangan sekali-kali antara kita menjadi seorang pengkhianat yang sanggup menggadaikan maruah negara, bangsa dan agamanya semata-mata kerana kepentingan nafsu diri sendiri.

“Ya Allah, selamatkanlah negara kami ini daripada sebarang ancaman manusia yang jadi pengkhianat, dan selamatkan kami semua di dunia dan juga di akhirat. Aminnnn....

Monday, December 5, 2011

Fadhilat Puasa Sunat 9 dan 10 Muharram

“Bulan Muharram merupakan salah satu dari empat bulan haram yang telah Allah muliakan. Secara khusus Allah melarangan berbuat zalim pada bulan ini untuk menunjukkan kehormatannya. Allah Ta’ala berfirman,
فَلا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ
“Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.
” (QS. Al-Taubah: 36)

Larangan berbuat zalim pada bulan-bulan ini menunjukkan bahwa dosanya lebih besar daripada dikerjakan pada bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amal kebaikan yang dikerjakan di dalamnya juga dilebihkan pahalanya. Salah satu amal shalih yang dianjurkan oleh Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam untuk dikerjakan pada bulan ini ibadah puasa sunat. Baginda menganjurkan untuk memperbanyak puasa di dalamnya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ
Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadlan adalah puasa pada Syahrullah (bulan Allah) Muharram. Sedangkan shalat malam merupakan shalat yang paling utama sesudah shalat fardhu.” (HR. Muslim, no. 1982)
Hadits ini menganjurkan supaya kita memperbanyak puasa pada bulan Muharram bukan seluruhnya.
Puasa ‘Asyura
Pada umumnya dianjurkan untuk memperbanyak puasa pada bulan Muharram ini. Hanya saja perhatian khusus Syariat tertuju pada satu hari, yaitu hari ‘Asyura. Berpuasa pada hari tersebut bisa menghapuskan dosa setahun yang lalu.
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,
وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
Puasa hari ‘Asyura, sungguh aku berharap kepada Allah agar menghapuskan dosa setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim no. 1975)
Bilakah Hari ‘Asyura Itu?
Hari ‘Asyura adalah hari kesepuluh dari bulan Muharram.‘Asyura adalah hari kesepuluh dari bulan Muharram. Ini merupakan pendapat Sa’id bun Musayyib dan al-Hasan al-Bashri yang sesuai dengan riwayat dari
 Ibnu ‘Abbas, “Rasullah shallallaahu ‘alaihi wasallam memerintahkan berpuasa pada hari ‘Asyura, hari kesepuluh dari bulan Muharram.” (HR. al-Tirmidzi, beliau menyatakan hadits tersebut hasan shahih)
Diriwayatkan dalam Shahihain, dari Ibnu ‘Abbas, Ibnu Umar, dan Asiyah bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam telah berpuasa ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya.
Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu pernah menceritakan tentang puasa Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam,
 مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ
Aku tidak penah melihat Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersemangat puasa pada suatu hari yang lebih beliau utamakan atas selainnya kecuali pada hari ini, yaitu hari ‘Asyura dan pada satu bulan ini, yakni bulan Ramadhan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ مَا هَذَا ؟ قَالُوا : هَذَا يَوْمٌ
 صَالِحٌ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَهُ مُوسَى، قَالَ فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ – رواه البخاري

Maksudnya : Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya: Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik di mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” ثَلَاثٌ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ ، فَهَذَا صِيَامُ الدَّهْرِ كُلِّهِ ، صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ، وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ” – رواه مسلم

Maksudnya : Puasa 3 dari setiap bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun penuh. Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya di sisi Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa hari Asyura, pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya

Apa Hikmah Berpuasa Pada Hari Tasu’a?
Imam al-Nawawi rahimahullaah menyebutkan tentang tiga hikmah dianjurkannya berpuasa hari Tasu’a:
Pertama
maksud disyariatkan puasa Tasu’a untuk menyelesihi orang Yahudi yang berpuasa hanya pada hari ke sepuluh.

Kedua
 maksudnya adalah untuk menyambung puasa hari ‘Asyura dengan puasa di hari lainnya, sebagaimana dilarang berpuasa pada hari Jum’at saja. Pendapat ini disebutkan oleh al-Khathabi dan ulama-ulama lainnya.

Ketiga
 untuk kehati-hatian dalam pelaksanaan puasa ‘Asyura, dikhawatirkan hilal berkurang sehingga terjadi kesalahan dalam menetapkan hitungan, hari ke Sembilan dalam penanggalan sebenarnya sudah hari kesepuluh.
Dan alasan yang paling kuat disunnahkannya puasa hari Tasu’a adalah alasan pertama, yaitu untuk menyelisihi ahli kitab sebagaimana sabda baginda tentang puasa ‘Asyura,

Ibnu Hajar rahimahullaah dalam catatan beliau terhadap hadits, “Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan”,

Keinginan beliau untuk berpuasa pada hari kesembilan dibawa maknanya agar tidak membatasi pada hari itu saja. Tapi menggabungkannya dengan hari ke sepuluh, baik sebagai bentuk kehati-hatian ataupun untuk menyelisihi orang Yahudi dan Nashrani. Dan ini merupakan pendapat yang terkuat dan yang disebutkan oleh sebagian riwayat Muslim.”
Bolehkah Berpuasa Pada Hari ‘Asyura Saja?
Ibnu Hajar al-Haitami dalam Tuhfah al-Muhtaj menyimpulkan bahwa tidak apa-apa berpuasa pada hari itu saja.

Taubat yang diterima ALLAH...

DIRIWAYATKAN, pada suatu hari Umar ra dijumpai Rasulullah SAW sedang menangis. Maka bertanya Rasulullah: “Wahai Umar, apakah yang membuatkan engkau menangis?”
Jawab Umar: “ Ya Rasulullah, ada seorang pemuda di muka pintu ini yang telah membakar hatiku.”
“Bawakan dia masuk,” kata Rasulullah. Lalau Umar membawa pemuda itu masuk sambil menangis.

Bertanya Rasulullah, “Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis begini?”
Jawab pemuda: “Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang sangat besar! Aku sangat takut kepada Allah SWT yang sangat murka kepadaku.”
“Apakah kamu mempersekutukan Allah?”
“Tidak, ya Rasulullah.”
“Adakah kamu membunuh jiwa yang kamu tiada hak membunuhnya?”
“Tidak, ya Rasulullah.”

Bersabda Rasulullah: “Allah SWT akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit.”
“Wahai Rasul Allah, aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukitnya,” kata pemuda itu.
“Apakah dosa kamu itu lebih besar daripada Al-Kursyi?”
“Dosaku lebih besar lagi”
“Apakah dosamu lebih besar dari Arasy?”
“Dosaku lebih besar lagi.”

Rasulullah terus bertanya: “Apakah dosamu itu lebih besar daripada dimaaf oleh Allah SWT?”
“MaafNya lebih besar,” jawab pemuda itu.
Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya tidak dapat mengampunkan dosa besar kecuali Allah yang Maha Besar, yang besar pengampunanNya.
“Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang telah kamu lakukan?”
“Aku malu hendak memberitahumu, ya Rasulullah.”

Kemudian Rasulullah bertanya dengan nada suara yang agak tinggi: “Beritahu aku apakah dosamu itu?”
Jawab pemuda: “Begini ya Rasulullah, kerjaku adalah sebagai penggali kubur. Telah tujuh tahun akau melakukan kerja ini. Pada suatu hari, aku menggali kubur seorang gadis dari kaum Ansar. Setelah aku menanggalkan kain kafannya, maka aku tinggalkan dia.”

“Tidak jauh aku meninggalkannya, maka naiklah nafsuku. Oleh kerana tidak dapat menahan nafsu, aku kembali kepada mayat tersebut lalau aku menyetubuhinya. Setelah aku memuaskan nafsuku, maka aku tinggalkan dia.

“Belum pun jauh aku meninggalkannya, tiba-tiba mayat gadis itu bangun dan berkata: “Celaka betul kamu wahai pemuda! Tidakkah kamu berasa malu kepada Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kelak! Bila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut oleh yang teraniaya! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada Allah SWT dalam keadaan junub.”

Mendengarkan penjelasan pemuda itu, Rasulullah SAW bangun dan bersabda: “Hai orang yang fasik! Memanglah layak kamu masuk neraka dan keluarlah kamu dari sini.” Maka keluarlah pemuda itu.

Selama 40 hari dia memohon ampun kepada Allah SWT dan pada malam ke 44, dia mendongak ke langit sambil berkata: “Ya Allah, Tuhan kepada Rasulullah, Nabi Adam dan Hawa, jika Engkau telah mengampunkan aku, maka beritahulah kepada Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Jika tidak kiramkan kepadaku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku dari siksa akhirat.”

Tidak berapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibril menghadap Rasulullah. Selepas memberi salam, Jibril berkata: “Wahai Muhammad, Tuhammu memberi salam kepadamu.”
“Dialah Assalam dan daripadanya salam dan kepadanya segala keselamatan,” jawab Rasulullah.

Berkata Jibril: “Allah SWT bertanya, apakah kamu yang menjadikan makhluk?”
Jawab Rasulullah: “ Dialah Allah yang menjadikan segala makhluk.”
“Apakah kamu yang memberi rezeki kepada makhluk?”
“Dialah Allah yang memberi rezeki kepada aku dan makhluk-makhluk yang lain.”
“Apakah kamu yang memberi taubat kepada mereka?”
“Dialah Allah yang menerima taubat dariku dan mereka.”

Akhirnya berkatalah Jibril: “Allah SWT berfirman, maafkanlah hambaKu itu kerana Aku telah memaafkannya.”

Maka segera Rasulullah memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya bahawa Allah SWT telah menerima taubatnya dan memaafkannya.

Demikian kisah bagaimana kesungguhan memohon maaf kepada Allah SWT boleh menyelamatkan seseorang daripada dosa kerana perbuatannya sendiri.

Saturday, December 3, 2011

5 DAN 5

KEGELAPAN itu ada 5 perkara dan PENERANGNYA juga ada 5 perkara iaitu:


1- CINTA DUNIA itu kegelapan dan penerangnya adalah TAQWA.

2- DOSA itu kegelapan dan penerangnya adalah TAUBAT.

3- AKHIRAT itu kegelapan, penerangnya adalah AMAL SOLEH.

4- KUBUR itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH’

5- SIRATUL MUSTAQIM itu kegelapan, penerangnya adalah YAKIN.

Tuesday, November 29, 2011

Ayat Kursi

AYAT Kursi diturunkan pada suatu malam setelah hijrah Rasulullah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Ketika itu Iblis dan syaitan menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi penghalang kepada perjuangannya. Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan kepada penulis al Quran iaitu Zaid Tsabit, agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Terdapat 95 buah hadith yang menjelaskan fadhilat ayat kursi. Ayat ini disebut ayat kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘kursi’, yang ertinya tempat duduk Allah SWT tetapi, adalah kursi itu syiar atas kebesaran Allah SWT.

Allah menjadikan kursi meliputi tujuh lapis langit dan bumi. Kebesaran tujuh lapis langit dan bumi dibandingkan dengan kebesaran kursi adalah umpama serumpun pokok di tengah padang pasir yang luas. Di kiri dan kanan kursi yang megah itu pula dijadikan ribuan kursi kecil untuk menambah keindahan dan kemegahannya. Dan pada tiap-tiap kursi itu duduk pula malaikat yang membaca ayat kursi dan malaikat yang menulis pahala orang yang membaca ayat kursi.

Sesiapa yang membaca ayat kursi dengan khusyuk setelah selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar dan masuk ke pasar, setiap kali hendak masuk tidur dan pergi bermusafir, InsyaAllah ia akan mengamankan kita daripada godaan syaitan dan kejahatan manusia serta kejahatan binatang-binatang buas yang memudharatkan. Dan terpelihara dirinya, keluarganya dan harta bendanya dengan izin Allah SWT.

Terdapat keterangan dalam kitab Asrarul Mufidah, bahawa sesiapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, insyaAllah dia akan hidup berjiwa tauhid. Dibukakan dadanya dengan berbagai hikmat. Dimudahkan rezekinya dan dinaikkan martabatnya. Diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang menghormatinya dan dipelihara ia oleh Allah SWT dari segala bala bencana.

Syeikh Abul Abbas al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat kursi sebanyak 50 kali, kemudian ditiupkan kepada air hujan kemudian diminumnya, maka insyaAllah Tuhan akan mencerdaskan akalnya dan memudahkannya faham pada pelajaran yang dipelajarinya.

Sesiapa yang membaca ayat kursi sesudah sembahyang fardhu, Allah SWT akan mengampuni dosanya. Sesiapa yang membacanya sewaktu hendak tidur, maka dengan izin Allah akan terpelihara ia daripada gangguan syaitan. Dan sesiapa yang membacanya di waktu ia marah, maka akan hilanglah rasa marahnya.