Wednesday, October 13, 2010

SAIDINA ALI mentaati keputusan HAKIM


KHALIFAH Ali bin Abi Talib, telah kehilangan baju besinya dalam peperangan Shiffin. Selang beberapa hari kemudian, Ali r.a. telah melihat baju besinya dimiliki oleh seorang Yahudi. Ali r.a. menghampiri orang Yahudi itu lalu berkata:
“Baju besi yang ada padamu itu adalah baju aku, aku tidak pernah menjualnya atau memberikan kepada sesiapa pun.”
Berkata Yahudi itu: “ Tidak, baju ini adalah milikku dari dulu.”

Saidina Ali r.a. dan Yahudi itu tetap mempertahankan hak masing-masing. Akhirnya kedua mereka bersetuju untuk menemui hakim Syuraih untuk menyelesaikan masalah mereka. Ketika berada di hadapan hakim, Ali r.a. berhujah mempertahankan haknya dan begitu juga dengan orang Yahudi itu. Masing-masing mengaku sebagai pemilik baju besi berkenaan.
Kata Saidina Ali r.a. “Yang Arif, baju besi yang ada pada orang Yahudi itu milik saya sejak dari dulu lagi.”

Berkata Hakim Syuraih kepada orang Yahudi, “Ali mengatakan baju yang ada padamu itu adalah miliknya, apa hujahmu?.”
Jawab orang Yahudi, “Tidak, baju besi ini adalah milik saya.”
Hakim Syuraih bertanya kepada Ali r.a. “Apakah Amirul Mukminin mempunyai bukti yang mengatakan baju besi itu milik Amirul Mukminin?”
“Ada, saya ada dua orang anak yakni Hasan dan Husin. Mereka memang tahu benar tentang baju besi kepunyaanku itu,” jelas Ali r.a.

Berkata Hakim Syuraih, “Kesaksian anak sendiri terhadap ayahnya tidak boleh diterima sebagai bukti menurut hukum.”
Kata hakim itu lagi, “Oleh kerana Amirul Mukminin tidak dapat mengemukakan dua saksi yang sah, maka aku memutuskan bahawa baju besi ini adalah milik orang yang memegangnya pada masa ini, iaitu orang Yahudi ini.”
Kemudian Hakim Syuraih pun menutup perbicaraan.

Walaupun Saidina Ali r.a. adalah seorang Khalifah yang membolehkan dia mengambil tindakan atau mengenakan tekanan terhadap hakim untuk memenangkan dirinya tetapi, beliau tidak mengambil jalan itu. Sebaliknya, beliau patuh kepada keputusan mahkamah.

Orang Yahudi itu berasa amat hairan dengan sikap Saidina Ali r.a. yang mana beliau sebagai Amirul Mukminin patuh kepada keputusan mahkamah. Orang Yahudi itu juga hairan dengan sikap hakim yang bertindak menurut yang hak dari segi undang-undang, walaupun yang dihadapinya adalah seorang Amirul Mukminin.

Oleh kerana sangat terharu mengenangkan cara dan keputusan mahkamah yang mengikut peraturan Islam, maka orang Yahudi itu berkata kepada Ali r.a. dan Hakim Syuraih, “Aku bersaksi bahawa Islam adalah agama yang benar dan adil.”
Ketika itu juga orang Yahudi itu memeluk Islam dan mengembalikan baju besi kepunyaan Saidina Ali.

Menyentuh mengenai hakim, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Hakim itu ada tiga golongan. Satu golongan masuk syurga dan dua golongan lagi masuk neraka. Golongan yang masuk syurga ialah hakim yang mengetahui kebenaran, lalu dia memutuskan dengan benar, maka dia masuk syurga. Hakim yang tahu kebenaran tetapi, dia dengan sengaja buat tidak tahu, maka dia masuk neraka. Dan seorang hakim yang memutuskan perkara tanpa ilmu, maka ia juga masuk neraka.”

Sementara dalam surah Al-Nahl, ayat 90, Allah SWT berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan serta memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada kamu agar kamu mengambil pelajaran.”

Saturday, October 9, 2010

Panji Hitam Ufuk Timur


Itulah bentuk, corak dan warna bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Hadis-hadis yang diriwayatkan menggambarkan dengan jelas akan bendera dan panji Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan tidak ada spesifikasi lain selain ini. Yang tertera padanya hanyalah satu kalimah yang Rasulullah diutus kerananya. Kalimah yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat. Kalimah yang para pendahulu kita telah syahid kerana mempertahankannya. Dan kalimah inilah yang akan kita ucapkan di kala Izrail datang menjemput. Inilah kalimah tauhid yang menyatukan kita semua tanpa mengira bangsa, warna kulit, sempadan geografi dan sebagainya. Inilah kalimah yang akan menyelamatkan kita dari azab Allah di akhirat nanti. Inilah kalimah yang ada pada bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.....kalimah “LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH”!.

Bendera Sebagai Syi’ar Islam

Dulu kaum Muslimin hanya hidup untuk Allah dan mati untuk Allah. Mereka benar-benar memahami ayat-ayat Allah bahawa mereka dicipta hanya untuk beribadah kepadaNya. Oleh itu, mereka tidak ragu-ragu untuk menyerahkan nyawa mereka di jalan Allah. Mereka menyertai peperangan demi peperangan untuk menyebarkan risalah Allah dan rahmatNya. Mereka membuka negeri demi negeri untuk menyatukannya ke dalam Daulah Islam (Al Khilafah Islamiyah). Dalam setiap peperangan dan pembukaan negeri-negeri, mereka tidak pernah lalai dari membawa bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Itulah bendera yang mereka warisi dari Nabi mereka dan mereka sanggup mati dengan bendera di tangan. Kerana itulah simbolnya Kesatuan ummat, itulah simbolnya kedaulatan, itulah simbolnya ketaatan. Sebagaimana lagu dan irama, peperangan dan bendera merupakan suatu yang tak dapat dipisahkan.

Di antara peperangan yang begitu mengguris hati kita umat Islam ialah Perang Mu’tah yang berlaku pada bulan Jamadil Awal tahun ke-8 H. Di dalam perang ini, Rasulullah menghantar 3,000 pahlawan elit Islam untuk bertempur dengan pasukan Rom. Baginda mengangkat Zaid bin Haritsah sebagai panglima perang dan bersabda, “Jika Zaid gugur, maka Ja’far bin Abi Thalib akan menggantikan tempatnya, jika Ja’far gugur, maka Abdullah bin Rawahah akan menggantikan tempatnya.” Pasukan pun berangkat dengan disertai Khalid bin Al-Walid yang baru memeluk Islam setelah Perjanjian Hudaibiyyah. Di dalam perjalanan, mereka telah mendapat maklumat bahawa Malik bin Zafilah telah mengumpulkan 100,000 tentera sementara Heraklius sendiri datang dengan 100,000 tentera. Berita ini menyebabkan pasukan Islam berbeza pendapat samada harus terus berperang atau mengirim utusan untuk meminta bantuan tambahan dari Rasulullah.

Namun Abdullah bin Rawahah terus maju ke hadapan kaum Muslimin dan berkata dengan lantang dan berani, “Wahai sekelompok kaum! Demi Allah! Sesungguhnya apa yang kalian benci justeru itulah yang kalian cari, iaitu syahid! Kita keluar memerangi musuh bukan kerana jumlah atau kekuatan atau berdasarkan bilangan, tetapi kita memerangi mereka demi Deenul Islam, yang Allah telah memuliakan kita dengannya. Oleh itu berangkatlah! Sesungguhnya di tengah kita ada dua kebaikan; menang atau syahid.” Kata-kata ini telah membakar semangat mereka, lalu mereka pun berangkat dengan penuh keimanan untuk menggempur musuh semata-mata kerana Allah. Maka terjadilah peperangan di tempat yang bernama Mu’tah, di mana di tempat inilah Allah telah membeli beberapa jiwa kaum Muslimin untuk dibayar dengan nilai syurgaNya yang di impikan oleh setiap jiwa-jiwa yang tenang dan beriman.

Sejumlah 3,000 pasukan Islam berjuang habis-habisan melawan 200,000 tentera musuh. Satu nisbah yang tidak masuk aqal jika difikirkan secara logik. Tetapi itulah hakikat umat Islam, umat yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan dibantu olehNya pada setiap peperangan. Umat yang hidup di dunia ini hanya untuk Allah. Zaid bin Haritsah yang merupakan panglima perang terus maju menggempur pasukan musuh dengan membawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di tangan. Akhirnya sebatang tombak menembusi tubuhnya dan beliau terus gugur.

Bendera segera diambil oleh Ja’far bin Abi Thalib, seorang pemuda yang baru berusia 33 tahun. Ketika musuh telah mengepung kudanya dan mencederakan tubuhnya, Ja’far justeru turun dan terus menuju ke tengah-tengah musuh menghayunkan pedangnya. Tiba-tiba seorang tentera Rom datang dan berhasil memukulnya dari arah tepi. Pukulan itu menyebabkan tubuh Ja’far terbelah dua dan beliau terus syahid menemui Tuhannya. Bendera lalu disambar oleh Abdullah bin Rawahah dan terus dibawa dengan menunggang kuda menuju ke tengah musuh. Beliau juga turut syahid menyusuri kedua-dua sahabatnya. Bendera lalu diambil oleh Tsabit bin Arqam seraya menjerit, “Wahai kaum Muslimin! Berkumpullah disekeliling seseorang.” Lalu kaum Muslimin pun berkumpul mengelilingi Khalid bin Al-Walid dan bendera Nabi terus diserahkan kepada Khalid yang kemudian terus mengetuai pasukan.

Wahai kaum Muslimin! Wahai para mujahid, para satria, para singa, para pedang, para pemuda dan pemudi Islam!!!

Begitulah secebis kisah perjuangan golongan awal yang merupakan generasi terbaik umat Islam dengan membawa bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bendera yang menjadi rebutan para sahabat untuk memegangnya di setiap peperangan. Bendera yang menyaksikan berapa ramai sahabat telah syahid demi mempertahankannya. Bendera yang dipegang erat oleh para sahabat agar ia tidak jatuh mencecah bumi. Bendera yang benar-benar dipertahankan oleh para pemimpin dan pejuang dari kaum Muslimin yang mulia sebagai syi’ar Islam. Bendera yang bagi setiap orang yang mengucap syahadah, ia sanggup mati kerananya di dalam setiap perjuangan, semata-mata kerana Allah. Inilah bendera kalian wahai saudaraku. Inilah bendera kita, umat Muhammad yang dimuliakan! Inilah benderanya 1.8 billion ummat islam di seluruh dunia! DAN INILAH BENDERANYA YANG AKAN KEMBALI MENTADBIR DUNIA!!!

Wednesday, October 6, 2010

Perjuangan Bangsa

Saban hari, ramai diantara kita sering memburuk-burukkan Melayu sedangkan pada kad pengenalan mereka tertera bangsa MELAYU. Saya begitu hairan melihat tred ini berlaku. Apabila ditanya, tanpa menjawab persoalan terus bercerita mengeluarkan ayat-ayat al-quran mengenai kepentingan ISLAM. Saya sebagai umat ISLAM bukannya menafikan kepentingan ISLAM, betul apa mereka katakan dan saya menyetujui bahawa ISLAM adalah tunjang kehidupan namun persoalan saya tidak dijawabnya dan apabila saya bertanya kembali tentang perjuangan bangsa MELAYU saya dituduh bersikap assobiyah, racist, dan sebagainya. Mereka sedar dan tahu bahawa bangsa mereka sedang membusuk namun hanya berpeluk tubuh dan menambah lagi dengan memburuk-burukan lagi bangsa mereka.


Salahkah saya sebagai umat ISLAM berbangsa Melayu ingin melihat bangsa saya mencapai kegemilangan seperti mana suatu ketika dahulu?
Salahkah saya sebagai bangsa Melayu mempertahankan bangsa saya sendiri yang diburuk-burukkan saudara-saudara ISLAM malahan sebangsa dengan saya?
dan..
Salahkah saya sebagai bangsa Melayu yang sedar ingin menyeru kepada mereka yang dikad pengenalan mereka tertera bangsa Melayu untuk BERSATU?


Saya tinggalkan untuk kita sendiri menjawabnya. Saya terbaca beberapa artikel dan pendapat mengenai 'Perjuangan Bangsa' .




'Presiden PAS kedua, Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Helmi, di dalam salah satu penulisannya pernah menempelak mereka yang menganggap perjuangan KEBANGSAAN, seperti perjuangan KEBANGSAAN MELAYU itu sebagai ‘asobiyyah’. Bagi beliau, ‘asobiyyah’ itu bukan bermakna ‘bangsa’ atau ‘kebangsaan’, tetapi ialah ‘sikap taksub’ terhadap sesuatu kumpulan.'
 


Dari apa yang saya dapat faham dari huraian beliau, sekiranya berlaku ‘sikap taksub’ berlebihan di dalam sebuah parti yang bernama PARTI ISLAM sekalipun, ia boleh membawa kepada gejala ‘asobiyyah’ yang dilarang oleh Islam.

 


'Malah, Presiden Ketiga PAS, Allahyarham Datuk Hj Mohd Asri pun berpegang teguh kepada perjuangan Melayu/Islam. Bagi beliau, Islam hanya boleh ditegakkan di mana bahagian dunia oleh kelompok-kelompok dan bangsa-bangsa tertentu. Di awal penyebaran Islam, bangsa Arab adalah pendukung utama obor Islam. Sementara di Asia Tenggara, Islam diletakkan di suatu tempat yang tinggi, secara umumnya, oleh bangsa Melayu.'



Ayuh BERSATU membina UMMAH!!

Tuesday, October 5, 2010

perjuangan ADAM

Memperjuangkan perpaduan Melayu dalam membentuk ukhwah ISLAMIAH di era moden; akhir zaman... Perjuangan yang sudah lama dilupa oleh kerana perbezaan pendapat dan idealogi.. Percaya atau tidak inilah kenyataan yang sebenarnya. Jika kita perhatikan dan peramati banyak tanda - tanda akhir zaman yang telah dan sedang berlaku. Hakikatnya kita sedang menuju ke akhirnya.

Pada sesetengah orang Melayu itu tidak penting, malah Melayulah yg banyak merosakkan nama Islam namun hanya mampu mengeluarkan kata-kata tanpa bertindak.. Sesungguhnya Islam itu tunjang kepada umatnya namun jangan dilupa bangsa kita.. Bukan ingin menyemai sifat assobiyah namun tidak mahu lupa jati diri kita sebenar... Ayuh, kita bersatu membina ummah Islam yang berjaya...

Ingatlah saudara-saudaraku hanya perpaduan yang mampu menguatkan kita...

SALAM PERJUANGAN

“Dengan nama Allah, sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang menolak kejahatan melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, setiap kenikmatan adalah daripada Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah”


"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." 
|Muhammad: 7